Dalam masa kita beriadah,bersuka ria,berpeleseran pernah tak kita tau mana orang orang lama dapat nama Port Dickson ni? Masa sekolah dulu tak pernah pulak ditekankan dalam mata pelajaran sejarah tentang sejarah PD betul tak? Kalau ada pun,masa tu maybe tengah syok tidur dalam kelas,hahaha. Macan ni,nak dijadikan cerita, dulu pada tahun 1889,zaman british menjajah, ada seorang mat salleh yang bernama Sir John Frederick Dickson telah menjumpai atau meneroka tempat ni. Dia menganggap PD ni berpotensi menjadi 1 perlabuhan yang bagus. Jadi dia menamakan tempat ni dengan nama dia sendiri. Sape kata PD tak popular! PD akhirnya menjadi 1 perlabuhan yang sangat sibuk,sangat popular pada para para saudagar dan terciptalah 1 rumah api yang terletak di Tanjung Tuan sana. Pada zaman ini pun kita dapat lihat lagi kapal keluar masuk macam orang keluar masuk Times Square jugak. Shhhh... Tau tak yang PD pernah mengalami zaman kebangkitan dan kejatuhan? Pada tahun 90an,PD membangun dengan pesat nye. Kalau tak caye bole tanya bapak. Pada masa itu,hotel hotel dan pusat penginapan,pelancongan giat di bentuk di PD. Boleh dikatakan yang PD ni banyak menyumbang bakti pada sektor pelancongan negara. TAPI! Ingat tak ape yang jadi pada 1997? Negara dilanda krisis kewangan atau inflasi. Inflasi ni banyak memberi impak pada PD. Banggunan dan projek projek banyak ditinggalkan terbengkalai dan serba sedikit menjejaskan prestasinye. Namun the genius man in Malaysia ( Tun Mahathir Mohamad ) dapat mengatasi masalah inflasi ni dan menyelamatkan PD semula. Akhirnya kebanyakan projek projek terbengkalai tu disambung semula. Haaaa,kalau pegi PD nanti mesti ada banggunan tak siap kan. Tu mesti pasal inflasi dulu,mungkin...
Tanjung Tuan nama diberi. Rumah api ni laa yang diceriterakan tadi.
Hari Keluarga
Hari keluarga atau family day ni memang sinonim dengan PD. Betooooll...! Semua orang tahu yang PD memang menjadi tempat yang perfect untuk beriadah bersama keluarga. Baru baru ni,keluarga Haji Said yang terdiri daripada yeeemir sendiri dengan rasa excited dan jayanye mengadakan percutian hari keluarga kat PD. Terbaik,cantik,menarik,tertarik sungguh! Percutian selama 3 hari 2 malam ni disertai oleh 8 keluarga. Memang! Memang ramai kan? Lagi ramai lagi meriah,lagi meriah lagi bagus betul.....
Ini baru separuh,separuh lagi pegi load barang
Oh ye,Permaisuri Resort Port Dickson menjadi tempat penginapan seisi keluarga. Hmmm,not bad resort ni. Facility semua ok dan cukup untuk memberi keselesaan yang maksimum kepada semua. Untuk pengetahuan,resort ni terletak berhampiran dengan Blue Lagoon Resort. Mat mat PD mesti tau Blue Lagoon kat mana sebab port tu cantik dan terbaik kalau melepak sambil makan kuaci...
Setiap peristiwa mesti ada permulaan kan? Termasuklah hari keluarga ni. Hari keluarga ni bermula agak perlahan. Hari pertama agak santai dan tak banyak aktiviti. Maybe masing masing tak panas lagi kot plus hujan lagi serba serbi membantutkan aktiviti tapi alhaldulillah,hujan tu kan rahmat!! =D Pada paginya bersenam erobik dan malamnye memancing laut. Tengah hari sampai petang mana? Haaa,masa tu masa santai di swimming pool. Gamba diatas merujuk kepada hari kedua. Hari kedua telah disajikan dengan program program yang padat lagi penat serta panas. Antara yang mencuit hati ialah telematch.Kebanyakan sukan yang dimainkan dah pun diubahsuai utk menambah keseronokan dan memang seronok! Syabas bette!!! Selain daripada telematch,kayak dan menjala ikan pun ada. Tak pernah pernah menjala sebelum ni. Kepuasan masa dapat ikan tu tuhan je yang tau. Walaupun ikan kecik molek tapi dapat jugak. Biar ada daripada takde betul tak. Kalau nak rasa bahu sakit pegi laa berkayak. Kayuh pun ntah pape,hahaha. Alih alih kayak ntah kemana bahu je sakit. Selepas tu... Mari BBQ!!! Yeeehaaa...
Kebulur ayam,nafsu makin memuncak!
Kan dah cakap,hari kedua memang padat. 1 hari suntuk berfoya foya then tiba la malamnye. Bilik sudah di booked,lagu semua sudah pilih,semua dah simpan suara,ape lagi? Karok time!!! Semua nak lipat lagu tinggi tinggi je. Masa ni la nak tengok cousin,makcik pakcik layan jiwang dorang,hehe... Masa semua tengah syok,yeeemir pegi melarikan diri ke Fun Fair yang ntah bila dibuat tu dekat teluk kemang. Ape gila ke pegi fun fair sorang? Takdela,ada member kat sana. Member pun ada family day kat PD. Tengok! Kan dah cakap,PD ni memang tempat percutian seisi keluarga. Pegi pegi fun fair sana main menatang hammer pusing pusing tu, macam nak gila dibuatnye,hahaha... Padan muke yang lain tak ikot! Pada tengah malamnye masing masing menunjukkan skill tidur tersendiri. Baru pukul 1 ramai dah tido. Yelaa,mana taknye dari pagi sampai malam membanting tulang main telematch,hahaha... ZzzzZZzzZzz...
Seid's angels yang memeriahkan suasana
Huargh... Good morning! Hari ke 3 dan terakhir telah menjelma. Awal awal lagi dah bangun,ops! Orang last rupenye,hehehe... Semua tengah bersiap siap untuk check out. Walaupun masih awal plus rasa taknak balik tapi nak buat macam mana,kene ikot gak. Ooouh,rupanya ada trip lagi masa balik karang. Kemana? Nanti akan diberitahu...
Terdapat 2 destinasi pilihan sebelum semua berangkat balik. Pertamanya adalah melawat blue lagoon. Nenek teringat masa dia muda muda dulu. Sini gak la port lepak dia,hehe... Kan dah kata!! Blue lagoon memang cantik. Jadi kepada semua,kalau datang PD mesti singgah blue lagoon ni. Alaaa,lepak je,tak rugi ape pun. Selepas sorang sorang mengimbas nostalgia lama,beralih pula ke destinasi ke 2 iaitu Tanjung Tuan!
Memang tuan la tanjung ni. Untuk menuju puncak,semua hendaklah mendaki bukit yang curamnye hampir 45darjah. Curam jugak kan? Yang dah berumur hanya tiggal dibawah dan biar anak anak muda yang masih kuat ni yang daki. Jadi,dari situlah datangnye gambar diatas! =D Pendakian mengambil masa 20 minit untuk sampai ke puncak. Masing muka macam siamang nak pisang. Lembik je bila dah sampai puncak. Ape yang ada disana? Ape yang best sangat? Sila skroll ke atas balik. Baca balik... Tanjung Tuan memiliki 1 ape? Ye! 1 rumah api yang dulunye menjadi pemberitahu arah kepada pelayar,pekapal dan penyebok,hehe... PElawat tak dibenarkan untuk memasuki rumah api. Hanya boleh melalui tepinya sahaja. Cukup terpegun bila melihat kawasan laut dari tempat tinggi nih. Rasa nyaman dan aman bila ada kat atas ni.
Tepi tepi rumah api
Tangga tangga ke rumah api
Masa untuk pulang... Lebih kurang 30 minit kat atas,sudah tiba masa untuk pulang. Berat hati nak balik tapi kalau tak balik takkan nak tinggal sini kan. Ok,dari senyuman masing masing dah boleh nampak yang semua menikmati percutian ni dengan penuh gembira. Saat saat ni orang kata PRICELESS,lagi lagi bila dengan keluarga sendiri. Seronok! Beronok ronok!! Seperti biasa,naik lambat,turun cepat. Zaaaas!! 10 minit je untuk semua sampai ke bawah balik.
Taknak balik! =D
Keseronokan macam ni laa yang dicari. Family come first! Walau apepun yang terjadi,family la yang paling penting. Jadi! Support la percutian family anda! Memang rare kan nak dapat time macam ni n bila dapat,kita manfaatkan dengan sebaik baiknya masa bersama tu. Setuju? Tima kasih PD kerana membahagiakan Seid sekeluarga untuk 3 hari 2 malam ni. Syukur Alhamdulillah... Moga moga diberi kesempatan lagi untuk percutian yang indah macam percutian ni,amin.....
Yeeehaaaaa!!!
TAMAT











No comments:
Post a Comment