Pemberitahuan

Its not a diary.
Just luahan semata mata.
Bukan habbit untuk menulis
tapi ok la dari tak buat apa apa kan?

1/23/11

PC terbang...

Up up and away....!
Untuk tatapan umum,sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

     Inilah jentera yang yeeemir katakan PC terbang tuh. Betul ke bole terbang? Macam mana bole terbang? Tak logik bukan. Jadi!!! Kali ini yeeemir memperkenalkan korang semua dengan HP Z400 WORKSTATION. Yup,design for graphic designer. Bukan tu saje,gamers pun for sure akan telan air liur dorang nanti.

     Gila sangat gila yes! Tu la first perkataan yang terkeluar dari mulut yeeemir bila tengok specs PC nih. Weh,macam mana bole ada specs mcm nih? Mesti korang semua nak tau kan! Ok la,yeeemir bgtau korang dengan lebih detail specs dia ok. Macam ni,tadaaaaa!
GILA
Operatin system -Windows® 7 Professional 64-bit 
Processor -Intel® Xeon® Quad-Core Processor W3565 (3.20 GHz, 8 MB cache, 1066 MHz memory)
Chipset -Intel® X58 Express
Ram -6 GB DDR3 1333 MHz ECC Unbuffered DIMMs
Internal Drive -SATA (7200 rpm) From: 500 GB, Up to: 8 TB
Graphics -High-end 3D: NVIDIA Quadro FX 3800 1.0GB PCIe,DDR3,Memory Bandwidth (GB/sec) 51.2
Optical Drive -DVD RW(Light Scribe) and Floppy Disk
Monitor -20" HP(widescreen)
Warranty -3 years


      Gila tak? Mesti menggila nih. Untuk pengetahuan anda,specs ni sendiri takda dalam HP.com... Kejap,kejap... Belom habis cakap lagi la. Specs ni telah di custom made kan dgn barang barang yang ultimate. Tak caya? Tengok sendiri kat link dia

     
     Jadi? Percaya tak? Tengok specs dia,cuba teka bape harga dia dekat HP.com? Gila tak gila harga dia cecah gak 9k kawan! What the h***... Sape yang larat nak beli melainkan orang kaya,hehehe,jangan marah... Tapi bila pikir balik,specs tu sendiri membuatkan dia mahal nak mampos. Dekat plaza low yat pn ada 1, 2 unit HP Z400 ni tapi lagi rendah dengan specs yang tertera kat atas. Eden tau laa sebab eden keje low yat =D Secara jujurnya,cuba korang bagitau dalam banyak banyak parts PC ni,yang mana satu korang berkenan? Mengikut survey yang yeeemir buat menunjukkan rakyat jelata sangat tertarik dengan graphic card dia. NVIDIA QUADRO FX3800,hahaha,gile cik kak,cik abang. Boleh support 3D. pe lagi tak cukup? Graphic high end ni menjanjikan ilustrasi yang sangat memuaskan. Gamers and graphic designer tau la kot. Yela,sebab keje dorang kan. So mari kita tengok preview ni :

LCD HP 20''(widescreen)

Keyboard,mouse,CD's and everything

Serba sedikit view dari dalam jentera nih

Dari sisi,solid kan!

Nampak tak NVIDIA QUADRO FX3800? Plus processor tu?

     Sebab tu la yeeemir panggil dia PC terbang. Sebab dia ada kemampuan untuk membuatkan kita terbang bersama dengan interior dia,graphic dia,speed dia yang tinggi. No wonder la ada salah satu syarikat membikin graphic kat Australia yang bernama The Animal Logic ni gunakan PC ni untuk semua pekerja dorang. Sebab PC ni mampu memberikan graphic yang dorang nak. Ok kawan? Rajin rajin la search utk dapatkan lebih informarsi tentang HP Z400 workstation ni. Kepuasan dijanjikan for sure. Cuma nak memiliki dia yang menjadi masalah kan? 
   
     So kat sini yeeemir ada special offer untuk korang yang kat luar sana untuk memiliki PC idaman ni. Korang bole miliki dengan harga yang berpatutan dan diskaun sehingga 50% atau lebih! Masih ada banyak unit,jangan risau. Untuk dapatkan maklumat. Boleh contact terus kepada yeeemir. Facebook and email pun boleh... Ceritera berakhir disini. Terima kasih to all readers! =)

mobile - 0136450796 ,email (mer_shidoe@yahoo.com)
facebook - Emir Malik - facebook.com/mer.shidoe 
   



12/12/10

Port Dickson

   Siape tak pernah pegi Port Dickson angkat tangan!! Aduhai,sape tak kenal PD kan? 1 tempat percutian wajib untuk family. Ok,pantai dan destinasi percutian PD ni sejauh 32 km dari Seremban dan lebih kurang 90km dari KL. Sempat gak tengok signboard haritu,hehe... Sesungguhnye Negeri Sembilan memang bertuah ada PD ni sebab antara 1 daya tarikan pelancong dalam mahupun luar negara. Jalanmye simple,just kene spend sejam untuk drive,amik highway straight sampai sana. Macam ni...
   Dalam masa kita beriadah,bersuka ria,berpeleseran pernah tak kita tau mana orang orang lama dapat nama Port Dickson ni? Masa sekolah dulu tak pernah pulak ditekankan dalam mata pelajaran sejarah tentang sejarah PD betul tak? Kalau ada pun,masa tu maybe tengah syok tidur dalam kelas,hahaha. Macan ni,nak dijadikan cerita, dulu pada tahun 1889,zaman british menjajah, ada seorang mat salleh yang bernama Sir John Frederick Dickson telah menjumpai atau meneroka tempat ni. Dia menganggap PD ni berpotensi menjadi 1 perlabuhan yang bagus. Jadi dia menamakan tempat ni dengan nama dia sendiri. Sape kata PD tak popular! PD akhirnya menjadi 1 perlabuhan yang sangat sibuk,sangat popular pada para para saudagar dan terciptalah 1 rumah api yang terletak di Tanjung Tuan sana. Pada zaman ini pun kita dapat lihat lagi kapal keluar masuk macam orang keluar masuk Times Square jugak. Shhhh... Tau tak yang PD pernah mengalami zaman kebangkitan dan kejatuhan? Pada tahun 90an,PD membangun dengan pesat nye. Kalau tak caye bole tanya bapak. Pada masa itu,hotel hotel dan pusat penginapan,pelancongan giat di bentuk di PD. Boleh dikatakan yang PD ni banyak menyumbang bakti pada sektor pelancongan negara. TAPI! Ingat tak ape yang jadi pada 1997? Negara dilanda krisis kewangan atau inflasi. Inflasi ni banyak memberi impak pada PD. Banggunan dan projek projek banyak ditinggalkan terbengkalai dan serba sedikit menjejaskan prestasinye. Namun the genius man in Malaysia ( Tun Mahathir Mohamad ) dapat mengatasi masalah inflasi ni dan menyelamatkan PD semula. Akhirnya kebanyakan projek projek terbengkalai tu disambung semula. Haaaa,kalau pegi PD nanti mesti ada banggunan tak siap kan. Tu mesti pasal inflasi dulu,mungkin...

   Tanjung Tuan nama diberi. Rumah api ni laa yang diceriterakan tadi. 

Hari Keluarga
    
     Hari keluarga atau family day ni memang sinonim dengan PD. Betooooll...! Semua orang tahu yang PD memang menjadi tempat yang perfect untuk beriadah bersama keluarga. Baru baru ni,keluarga Haji Said yang terdiri daripada yeeemir sendiri dengan rasa excited dan jayanye mengadakan percutian hari keluarga kat PD. Terbaik,cantik,menarik,tertarik sungguh! Percutian selama 3 hari 2 malam ni disertai oleh 8 keluarga. Memang! Memang ramai kan? Lagi ramai lagi meriah,lagi meriah lagi bagus betul.....
Ini baru separuh,separuh lagi pegi load barang 

Oh ye,Permaisuri Resort Port Dickson menjadi tempat penginapan seisi keluarga. Hmmm,not bad resort ni. Facility semua ok dan cukup untuk memberi keselesaan yang maksimum kepada semua. Untuk pengetahuan,resort ni terletak berhampiran dengan Blue Lagoon Resort. Mat mat PD mesti tau Blue Lagoon kat mana sebab port tu cantik dan terbaik kalau melepak sambil makan kuaci...


Setiap peristiwa mesti ada permulaan kan? Termasuklah hari keluarga ni. Hari keluarga ni bermula agak perlahan. Hari pertama agak santai dan tak banyak aktiviti. Maybe masing masing tak panas lagi kot plus hujan lagi serba serbi membantutkan aktiviti tapi alhaldulillah,hujan tu kan rahmat!! =D   Pada paginya bersenam erobik dan malamnye memancing laut. Tengah hari sampai petang mana? Haaa,masa tu masa santai di swimming pool. Gamba diatas merujuk kepada hari kedua. Hari kedua telah disajikan dengan program program yang padat lagi penat serta panas. Antara yang mencuit hati ialah telematch.Kebanyakan sukan yang dimainkan dah pun diubahsuai utk menambah keseronokan dan memang seronok! Syabas bette!!! Selain daripada telematch,kayak dan menjala ikan pun ada. Tak pernah pernah menjala sebelum ni. Kepuasan masa dapat ikan tu tuhan je yang tau. Walaupun ikan kecik molek tapi dapat jugak. Biar ada daripada takde betul tak. Kalau nak rasa bahu sakit pegi laa berkayak. Kayuh pun ntah pape,hahaha. Alih alih kayak ntah kemana bahu je sakit. Selepas tu... Mari BBQ!!! Yeeehaaa...
Kebulur ayam,nafsu makin memuncak!

Kan dah cakap,hari kedua memang padat. 1 hari suntuk berfoya foya then tiba la malamnye. Bilik sudah di booked,lagu semua sudah pilih,semua dah simpan suara,ape lagi? Karok time!!! Semua nak lipat lagu tinggi tinggi je. Masa ni la nak tengok cousin,makcik pakcik layan jiwang dorang,hehe... Masa semua tengah syok,yeeemir pegi melarikan diri ke Fun Fair yang ntah bila dibuat tu dekat teluk kemang. Ape gila ke pegi fun fair sorang? Takdela,ada member kat sana. Member pun ada family day kat PD. Tengok! Kan dah cakap,PD ni memang tempat percutian seisi keluarga. Pegi pegi fun fair sana main menatang hammer pusing pusing tu, macam nak gila dibuatnye,hahaha... Padan muke yang lain tak ikot! Pada tengah malamnye masing masing menunjukkan skill tidur tersendiri. Baru pukul 1 ramai dah tido. Yelaa,mana taknye dari pagi sampai malam membanting tulang main telematch,hahaha... ZzzzZZzzZzz...
Seid's angels yang memeriahkan suasana

    Huargh... Good morning! Hari ke 3 dan terakhir telah menjelma. Awal awal lagi dah bangun,ops! Orang last rupenye,hehehe... Semua tengah bersiap siap untuk check out. Walaupun masih awal plus rasa taknak balik tapi nak buat macam mana,kene ikot gak. Ooouh,rupanya ada trip lagi masa balik karang. Kemana? Nanti akan diberitahu...  

Terdapat 2 destinasi pilihan sebelum semua berangkat balik. Pertamanya adalah melawat blue lagoon. Nenek teringat masa dia muda muda dulu. Sini gak la port lepak dia,hehe... Kan dah kata!! Blue lagoon memang cantik. Jadi kepada semua,kalau datang PD mesti singgah blue lagoon ni. Alaaa,lepak je,tak rugi ape pun. Selepas sorang sorang mengimbas nostalgia lama,beralih pula ke destinasi ke 2 iaitu Tanjung Tuan! 
Memang tuan la tanjung ni. Untuk menuju puncak,semua hendaklah mendaki bukit yang curamnye hampir 45darjah. Curam jugak kan? Yang dah berumur hanya tiggal dibawah dan biar anak anak muda yang masih kuat ni yang daki. Jadi,dari situlah datangnye gambar diatas! =D Pendakian mengambil masa 20 minit untuk sampai ke puncak. Masing muka macam siamang nak pisang. Lembik je bila dah sampai puncak. Ape yang ada disana? Ape yang best sangat? Sila skroll ke atas balik. Baca balik...  Tanjung Tuan memiliki 1 ape? Ye! 1 rumah api yang dulunye menjadi pemberitahu arah kepada pelayar,pekapal dan penyebok,hehe... PElawat tak dibenarkan untuk memasuki rumah api. Hanya boleh melalui tepinya sahaja. Cukup terpegun bila melihat kawasan laut dari tempat tinggi nih. Rasa nyaman dan aman bila ada kat atas ni. 
Tepi tepi rumah api


Tangga tangga ke rumah api

Masa untuk pulang... Lebih kurang 30 minit kat atas,sudah tiba masa untuk pulang. Berat hati nak balik tapi kalau tak balik takkan nak tinggal sini kan. Ok,dari senyuman masing masing dah boleh nampak yang semua menikmati percutian ni dengan penuh gembira. Saat saat ni orang kata PRICELESS,lagi lagi bila dengan keluarga sendiri. Seronok! Beronok ronok!! Seperti biasa,naik lambat,turun cepat. Zaaaas!! 10 minit je untuk semua sampai ke bawah balik. 

Taknak balik! =D

    Keseronokan macam ni laa yang dicari. Family come first! Walau apepun yang terjadi,family la yang paling penting. Jadi! Support la percutian family anda! Memang rare kan nak dapat time macam ni n bila dapat,kita manfaatkan dengan sebaik baiknya masa bersama tu. Setuju? Tima kasih PD kerana membahagiakan Seid sekeluarga untuk 3 hari 2 malam ni. Syukur Alhamdulillah... Moga moga diberi kesempatan lagi untuk percutian yang indah macam percutian ni,amin.....
Yeeehaaaaa!!!


TAMAT











    

11/19/10

Senyum

  Senyum! Tak perlu kata apa apa. Hmmm,btul gak kata si Najwa dengan suara dia yg lunak,agak sedap didengar. Layankan lagu ni,dah bole buat 1 hipotesis tau. Yup,betul tak ape yg dia ckp ni " Semua dengar sini. Kalau saya senyum,awak mesti senyum skali. Kalau kita senyum, semua org berjangkit, bila semua org senyum baru dunia xda penyakit ". Betul kan? Macam ni maksud dia. Ok la,dia ajak kita senyum bila dia senyum. Nak dijadikan cerita,bila semua senyum,sekeliling tu akan jadi lain. Kita x payah kaji. Kita try buat je. Bila berselisih dengan orang,cuba kita senyum. Nescaya dgn nescafenye mesti dia senyum balik. Kat situ suasana mesti berubah. Orang yg kita senyum tadi rasanya akan selesa and akan mula senyum dengan org org lain. Pastu dia akan pass n pass kat org lain n org lain pass lagi dan lagi kat orang lain n smua mula bejangkit dgn virus ni,senyum. Ada ke org marah bila kita senyum? Kira btul la kata najwa ni. Baru dunia xda penyakit. Lagipun dah banyak pepatah dah pasal senyum ni. Contoh la " mulakan hari dgn senyuman ". Sebab disuruh mulakan hari dengan senyuman maybe sebab nak cipta suasana or environtment positif dipagi hari. Masuk masuk opis kita senyum. Alih alih,bos kasi naik gaji,hehehe,waklu! Atleast dlm opis tu suasana dia aman la. Takda la muka ketat je memanjang. Time punch out nak blk baru nak senyum. Hurmmm "senyum itu satu sedekah ". Aku suka dgr ayat ni. Dalam senyum senyum tu kita dah buat 1 amal jariah iaitu sedekah. Sambil menyelam minum air,sambil sedekah kita dapat pahala,insyaallah... Kat situ kita dah nampak benefit dia. Tapikan,senyum tu biar dtg dari hati. Kalau paksa paksa tu nama dia senyum kambing,hahaha... Pagi pagi pegi kedai beli surat khabar Utusan Malaysia,kat situ ada 1 ruangan kecik je nama dia "senyum kambing". Haaa,bacalah =P  Hallo kawan,ape lagi. Senyum laa! Tak perlu kata apa apa... =)

                                            Tekan ni klau nak dengar lagu " Senyum "

11/17/10

AidilAdha 2

"Savana Walk" mcm Safari laa

Seladang Malaya,binatang ke2 terbesar diMalaysia

Malau,Me (Emir), Chyryl
Nampak mcm patung tapi real weh! Special meal dia "tebu"

Si cap oren ni Hekal nama die


Petang AidilAdha

 Dari malam semalam planning ape nak buat raya aji nanti. Nak melangok ke langit ke nak jalan jalan? Dari maple Zubaidah sampai ke Bukit Ampang tak berenti renti crita ape program kami nti. Sape kami? 3 mamat wasted bila cuti iaitu Emir,Malau,Hekal and Chyryl... Bukit Ampang memang banyak bagi inspirasi. Kat maple tadi haram takde buah pikiran yg bole dipakai. Shisha sampai kering,roti kismis,kopi o,teh o,milo tarik semua tak bole pakai. Lama lama,yes! Tima kasih bukitku! We decided to go to Zoo Negara! Jangan tanya kenapa. Bila last korang pegi zoo? Mesti time skola kan. So trip kami ni konon nak mengimbau nostalgia time dulu la...

 Terbaik dari ladang!
Aku bagi 8 dari 10. Walaupun hujan sket tapi ok ar. Tak sangka zoo besa gile. Time skola dulu aku x abis round kot. Untuk pengetahuan,tiket berharga 20 hengget utk dewasa. Sorry,student card tak bole pakai ok. Untuk budak2, 15hengget and untuk warga tua teras masyarakat 9hengget je. Ada dua benda je yang berjaya mengupsetkan kami kat sana. Beruang dengan aquarium!!! Beruang takde pulak. Puas kami carik! Aquarium pulak time time tu nak tutup... Pemalas gak brader yang jaga tu. Yang lain smua ok. Aku ingat nak bela monyet botak tu la. Comel kot! Ape ape pn trimas kepada dorang ni smua. Kalau takde dorang,hambar AidilAdha aku =D  Gambar2 nanti akan di upload. Tungguuuuu....

Maxis Si LinkPanas

Aduh duh duh duuuh… Sakit kpale,kpale pusing2 mcm gasing. Sos! Red alert!! Rasanye aku memerlukan maxis aku blk. Tapi bila bukak tadi dia kata “sim inactive”. Knp ye? Sebab aku dah lama x pakai ke? Mmg dah lama x pakai pn. Hmmm… So,kne pg maxis center la nih. Pegi tnya la nti. Kalau kne denda pun xpe. Janji dpt pakai blk. Tapi kalau maxis dah rogol nombor aku tu mcm mana? Susah la nak carik balik. Pelisss la maxis,jgn la korg terminate no lama aku tu...

11/16/10

AidilAdha

Senyum seindah suria... Kambing pun tau senyum ok. Selamat Menyambut AidilAdha Smua!